Pages

Digital Quran

Tuesday 12 April 2011

Rakyat Malaysia Perlukan Transformasi Akhlak ....

Assalamualaikum..., seperti biasa blog ini di'update' utk tujuan yang baik...
Maaf seandainya ada yang terasa... Bukan untuk mengherdik tetapi membina...

       Marcapada ini, sememangnya sebahagian senario kehidupan masyarakat Malaysia kalau dilihat dengan mata kasar tak kisahlah sama ada melaui media massa mahupun secara jelas di di depan mata amatlah menyedihkan, mana tidaknya seringkali kita nampak dengan mata kepala sendiri budaya keji mengeji, fitnah menfitnah, tipu menipu, tidak mempedulikan kebersihan persekitaran, 'berdating' secara haram, buang bayi, hisap dadah, lepak, biadap dan banyak lagi semestinya mengganggu bangsa sendiri untuk membina tamadun.Sungguhpun dewasa mahupun remaja..., yang dewasa cara 'matangnya' yang remaja cara 'jiwa kacaunya' yang kanak-kanak toksah dok kata la sebab mereka masih kecil dan mereka yang kecil inilah perlu dibina jati diri dengan akhlak yang bertamadun dan terpuji. Kalau dah orang yang boleh rasa awal bahawa masinnya garam itu pun masih x reti-reti... macam mana pulak si anak kecil nak belajar. Ish3!!
       Bukan nak banding dengan bangsa negara lain seperti Jepun yang berdisiplin, seperti negara asing yang bersih, ..., tetapi kita perlu lihat dari perspektif positif agar bangsa kita tidak terhuyung hayang dipukul angin kencang sehingga tercabut roh kebaikan diserap pula racun perosak syaitan laknatullah... Wallahua'lam...


Abang Pertinam: banyak lagi kerja yang Allah bagi kita buat... fikirlah dengan mata hati dan kajilah dengan seikhlas hati.. yang penting solat mesti cuba khusyuk dan jangan tinggalkan  solat 
                    
                  JIKA SOLAT SEMPURNA INSYA-ALLAH JIWA KITA AKAN SEMPURNA 
INGAT!!!! 


                                      
                                           Sama-samalah kita cuba mencontohi akhlak Rasulullah...

Sunday 10 April 2011

Solat Itu Menenangkan....

 
Klip Video Sains Solat Berita TV9


Assalamualaikum..., post kali ini takde cerita panjang tapi cukuplah sekadar melihat video dan kita pasti mengakuinya jika kita betul-betul mengamalkannya... 'maza e'?? (apa tu??) mestilah solat... sememangnya solat menenangkan jiwa dan minda serta tubuh badan orang yang bersolat juga mampu menambahkan kesegaran untuk malaksanakan sesuatu urusan... sprti kata Ustaz Zahazan Mohamed dlm FBnya... Solat is refreshing.. Tak percaya? cubalah!:)....





       
 Dan sudah pasti setiap apa yang diperintahkan Allah itu ada hikmah yang cukup indah..:)
Haiya 'Alassolah............

Thursday 7 April 2011

Al-Quran pandu saya - Ruben


Membaca al-Quran bukan sahaja menemukan Abu Bakar Ruben dengan pelbagai kisah tetapi beliau juga dapat merasakan seolah-olah ada yang memandu dirinya.
Beliau mendapati al-Quran bukan sahaja benar tetapi juga sangat diterima akal dan bersifat ilmiah.
Ia menyebabkannya merasa amat takjub bagaimana al-Quran menghuraikan proses penciptaan dan kelahiran manusia, pembiakan proses sel telur yang menciptakan gumpalan darah, tumbuh tulang, tiupan roh hingga akhirnya membentuk janin yang siap sedia untuk dilahirkan ke dunia.
"Inilah yang saya cari, ini yang saya perlukan," jelasnya.
Saat Ruben sedia hendak dilahirkan sebagai Islam beliau memerlukan satu petunjuk Allah bagi menguatkan lagi keputusannya.
"Saya sudah bersedia untuk melakukan lompatan besar. Tetapi saya tapi inginkan satu dorongan saja dari tuhan. Tak perlu besar, kecil sahaja pun sudah cukup," katanya.
Untuk itu Ruben melakukan 'dialog' dengan Tuhan.
"Tolonglah Allah satu (petunjuk) sahaja, tunjukkanlah kalau Engkau benar," pintanya sendirian sambil duduk diam di tengah-tengah satu ruang bilik dengan sebatang lilin yang bernyala.
Lama juga dia menunggu. Tetapi tidak satupun yang luar biasa yang terjadi.
"Terus terang saya katakan, saya sangat kecewa saat itu; Wahai Tuhan, engkau telah mensia-siakan satu-satunya peluang yang aku kehendaki," ujar Ruben yang akhirnya memutuskan untuk membuka al-Quran.
Tiba-tiba beliau terhenti pada ayat berikut: Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami(nya). (an-Nahl: 12)
Membaca ayat itu menyebabkan Ruben tersedar.
"Betapa sombongnya saya menuntut tanda spesifik seperti yang saya mahu. Matahari dan semua ciptaan-Nya di muka bumi ini adalah satu petanda buat kita semua untuk menghayati dan mendapatkan pengajaran daripadanya," kata Ruben.
Selepas yakin dengan keputusannya, Ruben kembali berkunjung ke masjid. Setibanya di masjid, beliau terkejut apabila mendapati ia dipenuhi para jemaah kerana pada hari itu adalah malam pertama menyambut Ramadan.
Lalu Ruben menemui imam masjid bagi menyatakan niatnya memeluk Islam. Maka berlangsunglah satu majlis yang sangat bermakna apabila Ruben diminta mengucap dua kalimah syahadah.
Pada hari pertama Ramadan itu Ruben dengan rasmi menjadi Muslim. Sejurus selesai, beliau mengaku bagaikan satu beban yang besar dan berat telah ditarik dan terlepas keluar dari tubuhnya.
"Saya merasa sangat ringan," ujarnya.
Ditambah dengan sambutan teriakan dan takbir Allahu Akbar oleh para jemaah masjid menyebabkan Ruben benar-benar terharu dan sebak kegembiraan.


Sumber: Utusan Malaysia

Ruben terpesona kehebatan al-Quran

Ruben (Abu Bakr)

SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI    

MANUSIA lebih mudah hilang pegangan dan pedoman hidup apabila ditimpa dengan pelbagai musibah pada satu masa. Namun mujur bagi Abu Bakar Ruben yang melihat musibah yang menimpa itu sebenarnya mengkehendaki beliau untuk lebih berfikir.
Kehilangan sahabat karib akibat ketagihan dadah, orang tuanya bercerai dan beliau sendiri menghadapi masalah kesempitan kewangan bertalu-talu dalam satu masa tidak menyebabkan Ruben mengambil jalan singkat hingga memudaratkan diri.
"Apabila ditimpa semua ini menyebabkan saya tertanya-tanya apakah sebenarnya makna dan tujuan hidup ini," soalnya.
Malah persoalan seperti itu turut menyebabkannya melihat dari perspektif agama kerana beliau sedar agama mampu memberikan makna dan kekuatan dalam hidup.
Ruben dibesarkan di Melbourne, Australia oleh orang tua yang tidak percayakan Tuhan.
"Semasa kecil, saya memang dibesarkan untuk menganut Kristian. Tetapi malangnya orang tua saya ateis, sehingga saya sendiri cenderung untuk memiliki pandangan ateis," ujarnya.
Lalu Kristian merupakan agama pertama yang beliau cuba pelajari. Kebetulan seorang teman mengundangnya menyertai perkhemahan agama itu.
"Mereka hanya bernyanyi. Suara mereka bagus sekali, tetapi saya bingung kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang cuba disampaikan.
"Mereka kemudiannya memberitahu bahawa Tuhan mencintai saya. Ia menyebabkan saya kehairanan kerana bagaimana mungkin tuhan mencintai saya sedangkan anjing yang saya pelihara pun tidak pernah menyayangi saya," katanya.
Ruben beralih pula kepada mazhab lain dalam Kristian iaitu Katholik dan Anglican Baptis.
Namun, sekali lagi beliau kecewa terutama apabila men dapati setiap paderi yang diajukan soalan akan memberi jawapan yang berbeza-beza pada satu topik-topik yang khusus.
Apabila beralih untuk mengenali agama Hindu, Ruben tidak mampu memahaminya walaupun agama itu turut melibatkan ketuhanan yang suci dan sebagainya.
Apabila menyedari nama Ruben itu berasal daripada Rubenstein, iaitu sebuah nama Yahudi, Ruben kemudiannya mencari apa yang boleh ditemui dalam agama Yahudi.
Malang sekali agama itu juga tidak dapat diterimanya kerana beliau sedar pasti ada diskriminasi apabila agama itu menjadi anutan bangsa Yahudi semata-mata.
Sehinggalah pada suatu hari, Ruben bertemu seorang temannya yang beragama Kristian yang bertanya mengenai apakah kesudahan pencariannya itu.
"Saya memberitahu hampir kesemua agama di dunia ini telah dicuba untuk dipercayai. Sama ada Kristian, Katholik, Hindu, Buddha, Anglican tetapi tiada satu pun yang menarik hati saya," katanya.
Lalu temannya bertanya lagi: "Bagaimana dengan Islam?"
Pertanyaan itu menyebabkan Ruben mencemuh: "Apa, Islam? Buat apa saya mengenali apatah lagi hendak menerima agama keganasan itu. Itu kerja gila."
Itu kata-kata yang keluar daripada mulut Ruben sedangkan bahasa dan tindak balas tubuhnya adalah berbeza.
"Saya tidak tahu mengapa dan apa yang menggerakkan saya. Yang jelas saya segera menyarungkan kasut, berpakaian rapi dan terus menuju ke sebuah masjid berhampiran tanpa tujuan yang pasti," katanya.
Sejurus masuk ke dalam masjid, perasaan Ruben bertukar menjadi cemas.
"Saya terfikir bahawa saya bakal mati di sini kerana saya satu-satunya yang berkulit putih di masjid ini. Pasti saya akan dilihat seperti seorang kafir yang layak dibunuh," katanya.
Saat itu juga keluar seorang lelaki berbangsa Arab, saiz badannya agak besar dengan jambang yang tebal dan berjubah putih.
Sambil memperkenalkan dirinya sebagai Abu Hamzah, lelaki Arab itu menyapa Ruben dengan ramah. Malah meminta seorang lelaki yang lain supaya menghidangkan teh kepada Ruben sebagai tetamu.
"Sesuatu yang di luar dugaan. Tidak pernah saya bayangkan bakal mendapat layanan baik sebegini rupa," kata Ruben.
Lalu dalam pertemuan itu, Ruben bertanyakan kepada Abu Hamzah pelbagai persoalan mengenai kehidupan.
Termasuk mengenai temannya yang mati akibat ketagihan dadah, mengenai masa lalu dan masa akan datang dan bagaimana Islam dapat menjawab semua persoalan itu.
Lalu Abu Hamzah pun bangun mengambil senaskhah al-Quran dan membuka kitab itu dan menunjukkan sepotong ayat serta meminta Ruben membaca seraya berkata: "Ini jawapannya."
"Sungguh mengejutkan. Kepala saya bagai dihentak kuat apabila ia benar-benar satu jawapan yang tepat. Ini menyebabkan saya terus bertanyakan pelbagai hal yang lain mengenai Islam yang sering dimomok-momokkan oleh orang ramai.
"Ini termasuklah mengenai membela janggut dan jambang, mengapa perlu memakai hijab sehingga mengapa Islam benarkan beristeri empat dan sebagainya lagi.
"Saya fikir itu adalah pertanyaan-pertanyaan yang sukar untuk dijawab. Tetapi sungguh luar biasa, mereka selalu membuka al-Quran dan lalu memberikan kepada saya untuk dibaca.
"Dan pada malam itu saya ditemani senaskhah al-Quran yang saya baca tanpa henti," ujar Ruben.

Sumber: Utusan Malaysia bhgn; Agama

Tuesday 5 April 2011

Hari Bersama AADK



Ustaz Lutfi yang sedang rancak memberi ceramah


Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 5 April 2011 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah (AADK) telah berjaya melaksanakan program khas bersama pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena dalam memperkenalkan tentang apa itu dadah dan kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah di samping membina semangat para penuntut ilmu MMPS supaya membenci dadah yang selama ini telah lama menghantui diri sebahagian masyarakat yang hilang tujuan hidup.

Ceramah dalam program tersebut disampaikan oleh wakil bahagian hal ehwal agama AADK Negeri Kedah iaitu Encik Lutfi. Beliau memulakan ceramah beliau dengan memperkenalkan diri beliau kemudiannya menanam ikrar dalam jiwa anak-anak pelajar dengan laungan keramat 'kami benci dadah'. Seterusnya beliau meneruskan ceramah dengan memperkenalkan buruknya najis dadah dan hukuman yang dikenakan bagi bagi mereka yang mengedar dadah disamping pelbagai penerangan yang berkaitan dengan dadah.


Antara wajah ketika program:

Para pelajar sedang mengurut rakan masing-masing seperti yang dipinta penceramah




Ketika ceramah baru sahaja selesai





Ish!3 sempat lagi buat gaya!!




Pameran AADK ketika program