Pages

Digital Quran

Wednesday 30 March 2011

Kem Kepimpinan Perdana Maktab Mahmud Pokok Sena 2011

Taklimat sebelum bertolak ke Kem Sri Juluk Resort

 Naka 24 2011 - Berlangsungnya Kem Kepimpinan Perdana Maktab Mahmud Pokok Sena sesi 2011 di Sri Juluk Resort, Naka. Alhamdulillah, kem anjuran Badan Dakwah dan Kebajikan dengan kerjasama badan Pengawas dan PERTINAM tersebut telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Program tersebut disertai oleh 141 pimpinan-pimpinan MMPS yang terdiri daripada para pengawas,para ketua dan penolong tingkatan, AJK tertinggi badan-badan kokurikulum. Pembimbing atau 'facilitator' pula diambil dari kalangan penuntut Universiti Islam Antara Malaysia (UIAM), Insaniah dan Darul Quran. Program tersebut juga dibantu oleh Persatuan Tingkatan 6 atau lebih mayshur dengan panggilan PERTINAM sebagai urusetia program dan turut disokong oleh para guru MMPS.

Wajah2 di Kem Sri Juluk Resort

 
Tiba di Sri Juluk Resort




 
zxTempat Memasak 
Shiham (urusetia pendaftaran dan dokumentasi)


   
Khairudin( urusetia unit cenderahati




 
Ustaz Radhi



  
 Banyaknya roti!!!

Monday 21 March 2011

Keputusan SPM 2010

Assalamualaikum....

Keputusan peperiksaan SPM 2010 diumumkan Rabu ini
21/03/2011 7:30pm

PUTRAJAYA 21 Mac - Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.
Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Kenyataan itu menyebut, kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - Bernama

Maklumat ini diambil melalui Utusan Malaysia Online...