Pertinam MMPS '11
Pages
Home
Digital Quran
Friday, 27 May 2011
Hari Kantin
Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 24 Mei 2011 - Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS) buat pertama kalinya sejak 6 tahun telah menganjurkan hari kantin selama satu hari sehari selepas sambutan hari guru peringkat MMPS dan sehari sebelum hari idul ilmi berlangsung dan semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan ketiga-tiga program tersebut telah memberikan komitmen dengan cemerlang sehingga terlaksananya kesemua program yang boleh dikatakan berlangsung secara serentak itu. Antara yang menarik sepanjang program hari kantin itu ialah jualan pelbagai juadah yang pastinya meneyelerakan pengunjung dan pembeli yang kebanyakannya terdiri dari kalangan para pelajar. Di samping jualan makanan terdapat juga barang-barangan yang dijual seperti cenderahati dan sebagainya. Para penjual juga terdiri dari kalangan pelajar dan turut dibantu oleh sebahagian guru melalui persatuan dan pertubuhan masing-masing. Jualan berlangsung dengan pembukaan gerai-gerai dan urusan jual beli pula menggunakan kupon yang disediakan oleh pihak sekolah.
Antara wajah2 yang di 'snap'
Lokman dok makan (letih buat kerja masak)
Bang Li (Zuhaili) sedang sibuk
menyediakan burger di gerai
Pertinam
Kelihatan Ustaz Farid dan Ustaz Amin berada salah sebuah gerai
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)